1 April 2011, SEPINTAR menerima rombongan pelawat yang terdiri dari Lembaga BADRI SMS Pokok Sena, Kedah. Majlis penerangan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat dan perbincangan dengan Lembaga BADAR SEPINTAR telah diadakan di Dewan Terbuka.
'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.